Raja Farah Nikah 6 September Ini

August 29, 2015 – 7:28 am

Pernah mengejutkan peminat apabila memberitahu dirinya sudah bertunang dalam satu sidang media khas sebelum ini, Raja Farah yang masih lagi belum memperkenalkan bakal suaminya kepada umum mengesahkan mereka bakal bernikah pada 6 September ini di sebuah masjid di Bukit Jelutong.

Berkenalan dua hari sebelum Ramadhan, Raja Farah yang pada awalnya seakan takut untuk menjalinkan sebarang hubungan selepas bercerai akhirnya di lembutkan hatinya selepas tunangnya itu tetap tidak berputus asa untuk berkenalan dengannya.

Saya letakkan batas antara kami. Saya jual mahal dahulu. Saya wujudkan kesukaran untuk dia kenal saya kerana saya baharu saja berpisah dengan bekas suami. Tapi sikap tidak putus asa memang tak ada dalam hidupnya. Dia tetap berusaha lagi dan lagi untuk kenal saya.

Tanpa diduga dia beranikan diri untuk menghubungi saya dan meluahkan hasrat untuk kenal saya lebih rapat lagi.

Raja Farah pernah mendirikan rumah tangga bersama Megat Bashirun Qhuyum Zakaria selama lima tahun sebelum membuat keputusan untuk bercerai pada 25 Mei lepas.

Sumber Berita: Berita Harian

Tags: , , ,

Intan Ladyana Tidak Mahu Lagi Kongsi Kisah Cinta Kepada Umum

August 29, 2015 – 5:54 am

Kisah percintaan Intan Ladyana dan Kamal Adli masih lagi terkesan di hati peminat industri hiburan tanah air. Meskipun sudah membawa haluan masing-masing, nama mereka masih lagi dikaitkan dengan pelbagai macam cerita.

Tidak mahu lagi terus dibayangi ataupun dikaitkan dengan bekas kekasihnya itu, Intan Ladyana telah membuat keputusan untuk tidak lagi berkongsi kisah cinta beliau kepada umum.

Jelas Intan, sejak mereka berpisah beliau tidak pernah menghubungi Kamal dan kini tidak mahu lagi ambil tahu jika aktor tersebut sudah bertemu pengganti. Pada masa yang sama, beliau berharap orang ramai tidak lagi bertanya dengan beliau tentang sebarang perkembangan terkini Kamal .

Saya tidak mahu lagi dikaitkan dengannya. Selepas berpisah, saya tidak berhubung lagi dengannya. Saya juga tidak mahu ambil tahu sama ada dia sudah ada pengganti atau tidak kerana ia bukan urusan saya lagi. Saya berharap orang juga tidak bertanya saya mengenai perkembangan dirinya lagi.

Saya mohon maaf tidak dapat berkongsi kisah cerita peribadi mahu pun kisah cinta lagi. Memang dulu, saya sangat terbuka berkongsi kisah cinta dengan pihak media dan peminat tapi kini tidak lagi. Banyak yang saya belajar dari pengalaman putus cinta sebelum ini.

Untuk apa nak kaitkan mereka lagi, sekarang Kamal Adli pun sudah menemui kebahagiaan beliau sendiri bersama orang lain, jadi berilah ruang untuk Intan Ladyana mencari ketenangan dan doakan beliau bertemu dengan jejaka yang betul-betul sesuai buat dirinya. Memang susah nak hakis perasaan sayang buat seseorang yang kita cintai bertahun lamanya, tetapi kita harus move on .

Sumber Berita: Harian Metro

Tags: , , , , , , , , ,

(4 GAMBAR)Tasha Shila Terlibat Dalam Kemalangan Dua Minggu Lepas

August 29, 2015 – 4:17 am

Kira-kira dua minggu lepas, pelakon Tasha Shila telah terlibat dengan satu kemalangan di Petaling Street, Kuala Lumpur.

Menurut sumber kami, Tasha yang menaiki kereta BMW telah melanggar sebuah kereta Hilux. Kereta yang dipandu oleh Tasha terbalik, tetapi mujur dalam kejadian yang berlaku pada pukul tiga pagi itu Tasha tidak cedera.

Dia masih okay dan sempat menjadi tetamu menyambut kedatangan Jay Park di sebuah butik di KLCC, selepas itu berada di Zouk pada pagi Jumaat.


 photo 11908128_1238420209506686_818426341_n.jpg

Pukul tiga pagi biasanya wanita seusia Tasha sedang enak beradu di kamar tidur. Tetapi mungkin Tasha masih berada di luar untuk mencari ketenangan. Dan mungkin juga Tasha berada dalam keadaan mengantuk waktu ia berlaku.

Diharap Tasha akan memandu dengan lebih berhati-hati selepas ini. Kalau ada apa-apa yang buruk berlaku keluarga juga yang susah hati, kan?

Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = “//connect.facebook.net/en_GB/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3″; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));

This is Boria!!!! Yaribbba #boriapenang #mysenibudaya #mymotac #jkkn #myfest Dari 21&22 Ogos di Padang Kota Lama, Pulau Pinang..

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Friday, 21 August 2015


 photo 11911801_1238419902840050_1491328733_n.jpg
 photo 11940131_1238420206173353_818021994_n.jpg
 photo 2_1.jpg

Tags: , , , , , ,

Warna Baru Rambut Aisyah Aziz Buat Beliau Nampak Tua?

August 29, 2015 – 2:44 am

Penyanyi Aisyah Aziz  menarik perhatian ramai apabila mewarnakan rambutnya itu dengan gabungan ungu dan kelabu. Ada yang menyatakan ia menyerlahkan lagi penampilan Aisyah, namun ada sesetengah pihak yang mendakwa ia nampak tidak kena dan membuatkan beliau kelitahan tua sebelum usianya.

Tidak dapat dinafikan, trend menggabungkan dua tona warna untuk rambut memang cukup terkenal di kalangan hipster dan K-Popers tetapi tidak semua orang boleh “masuk” dengan gaya sebegitu.

Walaubagaimanapun, setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza bukan? Apa pula pendapat anda? Sesuai ke idak?

Tags: , , , , , , ,

Adi Putra Nafi Hidapi Kanser: Akui Berita Disebarkan Adalah Palsu

August 29, 2015 – 1:07 am

Baru-baru ini, ramai yang mula mengucapkan simpati apabila mendengar khabar kononnya aktor popular Adi Putra menghidapi penyakit kanser selepas sebuah blog memberitahu beliau kini di tahan di hospital  susulan penyakitnya itu.

Walaubagaimanapun, Adi yang mengetahui hal tersebut meminta agar peminat tidak mudah  percaya dengan berita itu  kerana beliau masih lagi sihat dan tidak menghidapi sebarang penyakit serius. Malah, Adi juga merasa terkilan dengan pihak yang menyebarkan berita palsu tersebut hanya kerana ingin mengaut keuntungan.

Saya terkilan dengan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu semata-mata mahu menaikkan rating blog. Bagaimanapun saya tidak mahu mengambil serius terhadap laporan tersebut memandangkan ia sering terjadi kepada mana-mana selebriti.

Alhamdulillah, saya masih lagi sihat walafiat, saya ampunkan orang yang membuat fitnah.

Jelas Adi, berita tersebut mungkin boleh mengelirukan orang ramai kerana beliau baru sahaja dilantik sebagai penaung Pertubuhan Kebajikan ‘Johor I Care’ negeri Johor.

Risau juga orang keliru, tetapi saya ambil perkara ini lebih positif untuk menyebarkan informasi mengenai kesedaran penyakit kanser. Penghidap kanser memerlukan sokongan orang sekeliling terutama keluarga. Mereka bukan saja memerlukan kekuatan dalaman untuk sembuh, malah perhatian daripada semua pihak.

Rasanya bukan Adi Putra sahaja yang jadi mangsa berita palsu seperti ini, sebelum ini ada yang sampai di fitnah sudah meninggal dunia pun ada. Apa-apa pun, jangan mudah  percaya dengan berita sebegini kerana mereka hanya ingin menarik perhatian ramai sahaja.

Sumber Berita: mStar Online

Tags: , , , , , , , ,

Sering Bertukar Pasangan Uqasha Senrose Dilabel Sebagai Playgirl

August 28, 2015 – 5:09 pm

Sejak putus tunang bersama Pekin Ibrahim, Uqasha Senrose selalu dikaitkan bercinta dengan ramai lelaki. Mula-mula ramai yang menyangka beliau bercinta dengan Syafiq Kyle, tetapi Uqasha tidak mengaku meskipun aktor tersebut pernah memberikan kenyataan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Uqasha.

Kemudian, tersebar pula foto mesra Uqasha dan Iqram Dinzly, sekali lagi angin bertiup kencang mendakwa mereka sebenarnya mempunyai hubungan lebih daripada kawan. Cerita-cerita sebegini membuatkan beberapa pihak melabelkan Uqasha sebagai seorang yang mudah untuk bertukar pasangan ataupun “playgirl”.

Mengetahui akan perkara tersebut, Uqasha meluahkan rasa terkilan beliau dan memberitahu beliau tidak pernah bermain kayu tiga.

Saya bukan jenis yang suka bertukar-tukar pasangan seperti dikatakan sebaliknya percaya pada takdir. Saya kenal seseorang itu dalam satu masa dan tak pernah main kayu tiga.

Saya ada terbaca di blog mengatakan saya playgirl. Saya sedih sangat kenapa sampai tahap itu tanggapan mereka.Itu bukan kehendak saya. Lagipun siapa tak mahu kekal dan bahagia dengan seorang sahaja.

Bagaimanapun, Uqasha kini tidak mahu lagi memikirkan segala tomahan yang dilemparkan kepada dirinya dan mengambil teguran positif daripada peminat sebagai satu pengajaran.

Teguran ke arah positif saya ambil sebagai bentuk pengajaran. Selebihnya saya serahkan kepada Allah. Buat masa sekarang, saya berkawan dengan semua orang. Siapa sangka, dari situ dipertemukan dengan orang yang sesuai dan serasi.

Kata orang berkawan biar seribu bercinta biar satu. Namun, janganlah cepat bosan dan beralih untuk mengenali orang lain pula. Nak kenal hati budi orang ini ambil masa juga, jadi kenalah sabar.

Sumber Berita: Harian Metro

Tags: , , , , , , ,

(5 GAMBAR)Kekasih Baru Hans Buat Laporan Polis Tasha Shila Hantar 40 Lelaki Pukul Teman Lelakinya

August 28, 2015 – 3:34 pm

Peminat dunia hiburan pasti mengetahui bahawa Tasha Shilla dan Hans Wong, seorang peninju Tomoi pernah berkasih, bagaimanapun telah berpisah atas sebab yang tidak diketahui. Sejak itu, Hans telah move on dan mempunyai kekasih baru yang bernama Carmen Emirda.


 photo 11809989_143502832657184_1457864801_n.jpg

Bagaimanapun, Carmen telah memuat naik profil Instagram Tasha Shilla memberitahu bahawa Tasha telah menyerang dia dan Hans di sebuah kelab, dan telah Tasha juga telah disimbah air oleh orang ramai kerana perbuatannya itu. Selepas itu, Carmen mendakwa Tasha telah menghantar 40 orang lelaki untuk memukul Hans.


 photo 11355267_1487293808231526_484406942_n.jpg

Sehubungan itu, Carmen telah membuat satu laporan polis terhadap Tasha Shila. Dia juga memberi amaran agar Tasha tidak lagi mengganggu mereka berdua kerana menurutnya, Tasha sering mengganggu dia dan kekasihnya. Fara Mendoza kelihatan turut memberi komen tentang perkara ini.
 photo 1.jpg
 photo 3.jpg
 photo 2.jpg photo 4.jpg

Memang serius apa yang diperkatakan oleh Carmen ini. Bagaimanapun, Carmen memberitahu bahawa Hans berada dalam keadaan baik saja. Apakah susulan dari laporan polis Carmen? Benarkah Tasha berbuat begitu?

Nampaknya, satu demi satu kontroversi menimpa Tasha Shila. Kita tunggu perkembangan lanjut kes ini nanti.

//

Perghhh..seteLah berehat selama hampir 2 bulan (Ramadan & Syawal)..kini Panggung Seni Tradisional 2015 kembaLi…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 23 August 2015

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Hans Wong Bakal Dedah Bukti Diserang Tasha Shila Selepas Siasatan Polis Selesai

August 28, 2015 – 2:01 pm

Hans Wong, bekas kekasih pelakon Tasha Shila memberitahu yang dia akan mendedahkan semua bukti mengenai serangan Tasha terhadapnya di Zouk melalui akaun Instagram setelah siasatan polis selesai.

Saya ada semua bukti berhubung insiden berkenaan dan selepas semua siasatan dilakukan saya sendiri akan dedahkan dalam Instagram saya tentang kebenaran kejadian itu.

Saya tidak berbohong malah ramai orang yang melihat kejadian itu termasuk beberapa rakan artis yang turut berada di kelab sama.

Tujuan saya bukan untuk memburukkan Tasha tetapi saya ingin mencari keadilan kerana saya tidak bersalah dalam hal tersebut.

Menurut Hans melalui mStar Online, sikap agresif Tasha itu mengejutkannya kerana mereka tidak pernah bertemu setelah berpisah tiga bulan lepas. Baginya, sekiranya terdapat masalah Tasha sepatutnya bersemuka dengannya untuk mencapai penyelesaian.

Saya tidak tahu apa motif dia kerana kami sudah lama tidak berjumpa tetapi setiap masalah boleh berbincang secara baik dan bukannya mencetuskan masalah.

Saya kasihan kepada Carmen kerana dia tidak bersalah tetapi turut diserang pada kejadian itu.

Benar kami sudah putus cinta tetapi saya langsung tidak berdendam dan tujuan saya menyapanya hanya sebagai seorang rakan tambahan pula kami sudah lama tidak berjumpa.

Mengakui Carmen ialah kekasihnya, Hans menceritakan semula kejadian itu:

Biarpun saya terkejut dengan sikapnya yang dingin tetapi saya tetap bertanya khabar sebelum berlalu pergi. Dia tiba-tiba datang ke meja dan serang teman wanita saya sebelum dua kawan lelaki saya cuba menenangkan Tasha. Namun dia pula bertindak menampar muka salah seorang kawan saya dan menyimbah air ke mukanya.

Rakan-rakan lain yang berang dengan perbuatan itu lalu menyimbah kembali air ke mukanya sebelum pengawal kelab datang menghalau Tasha keluar dari tempat berkenaan.

Ketika hendak pulang Hans mendapati keretanya dirosakkan kira-kira 20 orang lelaki. Ahli keluarga Tasha turut berada di situ mempersoalkan kejadian Tasha disimbah air, justeru Hans percaya ia ada kaitan dengan bekas kekasihnya itu.

Kata orang, berani kerana benar. Sekiranya Hans benar dianiaya tidak ada salahnya dia berusaha membersihkan namanya. Sama-sama kita doakan keadilan akan berpihak kepada yang benar.

Panggung Seni Tradisional 2015: Ghazal Party akan berlangsung di Auditorium JKKN WPKL pada 28 & 29 Ogos ini. Untuk pembelian tiket, sila hubungi Ayie Sham di 03-26148260.#mysenibudaya #jkkn

A photo posted by JKKN (@mysenibudaya) on

Tags: , , , , , , , , , , ,

Mesej WhatsApp Lucah Selebriti Wanita Popular Didedahkan

August 28, 2015 – 12:23 pm

Nampaknya hari ini penuh dengan berita panas, masih belum lagi reda dengan isu Tasha Shilla mabuk dan telah menyerang bekas kekasihnya Hans dan teman wanitanya, terbaru menerusi portal Paparazzi seorang selebriti wanita yang popular di tanah air didakwa telah bermesej lucah di WhatsApp bersama seorang lelaki.

Melalui foto yang dikirim, pasangan tersebut memang manja sekali dah macam suami isteri pula.  Walaubagaimanpun, antara clue yang diterima ialah rumah tangga selebriti wanita tersebut sudah berakhir.

Menerusi portal tersebut lagi, mereka turut menerima rakaman audio yang mengandungi perbualan lucah selebriti tersebut.

Berikut antara isi perbualan daripada rakaman yang diterima:-

Pertama, you make me feel horny all the time..ini bukan lawak ya, betul. If i’m not period at this time, i will do it myself because i miss our moment last week…

Anyway, miss everything about you baby.. Macam tau-tau je honey tak mandi. Suka cium tengkuk baby, suka cium leher baby, wangi sangat kat situ. Muah!

Rasa-rasanya siapakah selebriti wanita tersebut ya? Berdasarkan foto di atas boleh tak korang agak? Kami pun masih tertanya-tanya..Hurm..

Sumber Berita: Paparazzi

Tags: , , , , , ,

Kembara Digital Malaysia Di Kedah Meriah & Hangat!!!

August 28, 2015 – 9:12 am

Pertengahan bulan Ogos yang lalu, Abang Nara mendapat jemputan daripada MDeC (Multimedia Development Corporation) untuk menghadiri satu sesi perbincangan sempoi, ringkas dan santai bersempena dengan program Kembara Digital Malaysia 2015 di Kedah. Abang Nara memang teruja dan nak pergi sangat-sangat, tetapi disebabkan ‘clash’ dengan kelahiran anak ketiga, maka Abang Nara menghantar wakil BeautifulNara ke sana. Panelis lain yang hadir ialah wakil dari Amanz.my, Fizo Omar selaku pengacara majlis, Nurul Zulkifili pengasas MimpiKita dan paling penting, Menteri Besar Kedah iaitu Dato’ Seri Mukhriz Mahathir pun turut sama meluangkan masa memeriahkan majlis.

kembara digital

Dihadiri oleh pelajar-pelajar sekolah menengah dan IPTA berhampiran, orang Kedah memang sempoi dan bersemangat untuk mengetahui tentang dunia digital. Abang Nara suka dengan semangat remaja-remaja Kedah. Kecil-kecil lagi dah bersemangat tanya tentang cara berniaga online, cara buat blog serta teknik pemasaran melalui Internet. Semangat macam ini yang kita nak. Sebab itulah Kembara Digital Malaysia ini diadakan agar remaja-remaja ini didedahkan tentang dunia digital seawal mungkin.

kembara digital

tekun adik-adik nie dengar penerangan

Abang Nara sempat berpesan kepada wakil BeautifulNara untuk memberikan beberapa nasihat dalam berblogging. Sebagai seorang yang telah menulis blog selama 7 tahun, kita mesti kena tahu niche/topik apa yang kita mahu tulis. Jangan pilih topik yang terlalu luas sehingga pelawat tidak tahu blog kita tentang apa. Orang kata jangan buat blog caca merba. Dan paling penting, kena konsisten. Kalau sehari tulis 5 artikel, pastikan kita berbuat demikian sepanjang menulis blog. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Selalunya awal-awal memang bersemangat sampai tulis 10-15 artikel sehari, masuk bulan kedua blpg dah bersawang sebab tak update. Hehehe.

kembara digital

Ketika sesi soal jawab, ada yang bertanya tentang menjana wang menerusi blog. Sebenarnya memang boleh jana duit menerusi blog tetapi itu semua hanya akan diperolehi selepas kita mempunyai pembaca dan jumlah pelawat yang stabil. Janganlah hari ini buat blog, esok terus nak jadi kaya raya. Kena rileks. Tenang. Berblogging ini macam marathon. Kita slow-slow, bina pembaca, bina reputasi dan akhir sekali pasti wang yang dicari akan datang bergolek.

kembara digital

Kehadiran Dato’ Seri Mukhriz Mahathir untuk bertemu dengan para hadirin adalah detik yang paling mengujakan. Beliau sempat berpesan kepada rakyat Kedah agar menceburi bidang digital dan tidak mempersiakan bakat yang ada. Ramai orang Kedah sebenarnya power-power. Cuma biasalah kadangkala tak cukup informasi, tak ada tunjuk ajar dan sebagainya. Sedikit sebanyak penganjuran Kembara Digital Malaysia ini dapat membantu mereka yang berbakat untuk bertanya, bersoal jawab dan mempamerkan bakat yang ada.

kembara digital

Terima kasih Abang Nara ucapkan kepada orang Kedah yang memberikan sambutan meriah dan hangat untuk Kembara Digital Malaysia 2015. Buat remaja-remaja negeri lain, jangan risau sebab Kembara Digital bakal mengembara ke tempat anda tidak lama lagi. Nak tahu kenalah layari www.digitalmalaysia.my dan LIKE Facebook Digital Malaysia. Pihak penganjur akan kemaskini dari masa ke masa. Sama-sama kita nantikan.

Tags: , , , , ,